fbpx

Piala Dunia: Martinez wira bawa Argentina mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ (kiri) berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Belanda untuk membantu Argentina layak ke separuh akhir pada kempen Piala Dunia kali ini. – AFP

DOHA – Penjaga gol Argen­tina, Emiliano Martinez muncul wira pasukan itu apabila mem­bantu pasukannya mara ke pentas separuh akhir dengan menyelamatkan dua sepakan pada penentuan penalti ketika menentang Belanda awal pagi semalam.

Penjaga gawang Aston Villa itu beraksi cemerlang sepanjang 80 minit perlawanan ketika Argentina selesa mendahului dengan dua gol sebelum bolos menerusi dua gol kebangkitan Belanda ha­sil jaringan pemain gantian, Wout Weghorst.

Argentina sebelum itu selesa mendahului saingan menerusi Nahuel Molina dan Lionel Messi yang menyempurnakan sepakan penalti sebelum Weghorst mencipta jaringan pada minit ke-83 dan minit ke-11 dalam masa kecederaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Keputusan masih kekal 2-2 sehingga masa tambahan ber­akhir menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Martinez mengambil kesempatan untuk muncul hero pasukan berkenaan.

Martinez berjaya menyelamatkan sepakan penalti Virgil Van Dijk dan Steven Berghuis sekaligus membolehkan Argentina meraih kemenangan 4-3 untuk mara ke separuh akhir dan bakal membuat perhitungan menentang Croatia.

“Saya sangat beremosi. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk 45 juta rakyat Argentina yang sedang melalui krisis ekonomi yang teruk ketika ini.

“Memberikan mereka sedikit kegembiraan adalah sesuatu yang indah buat saya. Mereka sedang melalui keperitan itu, tetapi saya tidak mampu melakukan apa-apa kecuali membuatkan mereka melupakan seketika ke­sukaran itu,” kata Martinez.

Dalam pada itu, Messi berang dengan prestasi pengadil perlawanan Antonio Mateu Lahoz yang dianggap tidak layak untuk mengadili perlawanan ber­kenaan ekoran sepakan percuma diberikan kepada Belanda pada penghujung perlawanan yang menjadi punca Belanda berjaya menyamakan kedudukan.

“Saya sangat marah selepas gol penyamaan Belanda. Saya tidak mahu bercakap lebih tentang pengadil kerana mereka akan menghukum saya, tetapi saya fikir semua orang lihat apa yang berlaku.

“Persekutuan Bola Sepak An­tarabangsa (FIFA) perlu melihat semula, mereka tidak boleh membenarkan pengadil yang tidak layak mengadili perlawanan penting seperti ini lagi.

“Kami tidak beraksi dengan baik dan pengadil telah meng­heret perlawanan ke masa tambahan. Dia (pengadil) sering meng­hukum kami, apa yang berlaku pada penghujung perlawanan itu sebenarnya bukan kesalahan,” ujar Messi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI