fbpx

Piala Dunia: Brazil terpaksa pulang awal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAZIL yang dianggap calon juara edisi kali ini terpaksa pulang awal selepas disingkir Croatia menerusi sepakan penalti. – AFP

DOHA – Ketua Jurulatih Brazil, Tite mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan pasukan itu selepas Selecao tumbang kepada Croatia 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan pada aksi suku akhir awal pagi semalam.

Jurulatih berusia 61 tahun itu mengendalikan Brazil sejak 2016 mengakui beliau tidak akan membuat pusingan U dan kekal dengan keputusan untuk melepaskan jawatan yang di­sandang itu.

Sebelum ini, Tite telahpun mendedahkan bahawa beliau sudah bersedia melepaskan jawatan itu selepas kejohanan di Qatar tanpa me­ngira apa jua keputusan yang diperoleh Brazil.

“Saya akui ia adalah satu kekalahan yang memedihkan, tetapi saya akan meninggalkan pasukan ini dengan aman. Saya sudah katakan me­ngenainya sejak setahun setengah yang lalu.

“Saya adalah seorang lelaki yang berpegang pada janji. Ramai lagi jurulatih hebat yang boleh menggantikan tempat saya. Sekarang kitaran saya sudah berakhir.

“Saya faham, saya adalah individu paling bertanggungjawab, tetapi kita semua perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini. Ia bukan soal menjadi hero atau penjahat. Tidak ada perkara seperti itu dalam sukan.

“Kami telah memberikan persembahan yang hebat dan melakukan percubaan ke arah gol, namun bola itu tersasar keluar. Itu perkara biasa dan saya masih boleh menghormati keputusan itu,” kata Tite.

Kegagalan Brazil bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada Tite, malah amat memeritkan terutama penyerang terbaik dunia, Neymar yang di­lihat kecewa selepas skuadnya gagal ke separuh akhir.

Pada saingan tersebut, Brazil yang turun dengan membawa misi mara ke separuh akhir buat kali kesembilan tampil garang apabila Neymar meledak gol pembukaan.

Namun, pemain gantian Croatia, Bruno Petkovic kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-117 menyebabkan perlawanan itu diheret ke penentuan penalti.

Pada detik penentuan pe­nalti, Brazil terpaksa akur dengan kehebatan penjaga gol Croa­tia, Dominik Livakovic yang diangkat sebagai wira apabila dua tendangan pemain Brazil, Rodrygo Marquinhos gagal menerjah ke gawang gol.

Keempat-empat sepakan Croatia daripada Nikola Vlasic, Lovro Majer, Luka Modric, Mislav Orsic berjaya disudahkan dengan jaringan untuk membawa pasukan itu ke separuh akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI