fbpx

Masa untuk usahawan refleksi diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan perlu menjadikan semangat dalam pasukan bola sepak sebagai refleksi untuk fokus kepada perniagaan. – AFP

Demam Piala Dunia rasanya menghantui ramai orang, namun sebagai usahawan kita perlu melihat dari sudut apakah yang boleh dilakukan untuk menggunakannya dalam bisnes.

Sebenarnya banyak benda yang usahawan boleh pelajari daripada kejohanan bola sepak dunia itu, namun pada kali ini saya nak anda fokus tentang kuasa refleksi diri.

Sama seperti pasukan-pasukan negara yang berjaya maju ke suku akhir Piala Dunia ketika ini. Mereka pastinya selepas setiap permainan melihat kembali, apa dilakukan dan di mana boleh tambah baik game masing-masing.

Begitu juga usahawan, betapa penting bagi mereka refleksi balik apa yang sudah dilakukan, sudah berlaku dan kesannya.

Kita dah masuk minggu kedua Disember yang akan menutup 2022 ini menjadi masa penting untuk anda ambil masa refleksi diri.

Jangan tunggu hingga masuk tahun baharu, betul-betul ambil waktu satu jam mahupun satu hari untuk duduk dan tulis apa yang sudah dicapai, belum tercapai, dah dibuat dan benda dipelajari setakat ini.

Inilah asas untuk anda bermula. Kita mungkin banyak buat silap dan terlepas pandang sesuatu perkara itu serta blind spot yang ada.

Inilah juga buat anda lebih bersedia bagi 2023 sebagai seorang pemimpin yang bagus agar terus memacu bisnes, pasukan dan kehidupan ke tahap lebih baik.

Ingat, orang tak belajar adalah orang yang tak belajar dari kesilapan dan pengalaman diri sendiri serta kesilapan orang lain.

Orang pandai, belajar daripada ‘kebodohan’, kesilapan diri sendiri dan orang lagi pandai belajar daripada kesilapan orang lain.

Tanggungjawab pemimpin untuk refleksi balik apa dah dilakukan, dicapai, dipelajari dan jika boleh ulang semula bagaimana nak tambah baik ‘permainan’ anda.

Kenapa orang berjaya itu terus berjaya juga kerana mereka sentiasa refleksi balik apa yang sudah dilakukan dan kemudian lakukan tindakan susulan.

Saya nak katakan inilah perkara penting bagaimana juara menjadi juara, pemenang jadi pemenang dan berjaya jadi lebih berjaya. Ia disebabkan mereka ini refleksi atau muhasabah diri.

Apa yang anda tunggu lagi?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI