fbpx

Kesatuan Eropah beku aset Russia lebih RM87 billion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR sebuah kapal layar bilionair Russia yang dirampas susulan sekatan Barat ke atas Moscow. -- AFP

BRUSSELS – Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) diketuai oleh Belgium dan Luxembourg telah membekukan aset berjumlah €18.9 bilion (RM87.7 bilion)  milik oligarki dan entiti Russia yang dikenakan sekatan oleh Barat berhubung perang perang Ukraine, kata Brussels.

Belgium mendahului  dengan membekukan aset Moscow berjumlah €3.5 bilion (RM16.2 bilion)  diikuti oleh Luxembourg €2.5 bilion (RM11.6 bilion), Itali sebanyak €2.3 bilion (RM10.6 bilion) dan Jerman dengan  €2.2 bilion (RM10.2 bilion), demikian menurut statistik EU setakat 25 November lalu.

Ireland, Austria, Perancis dan Sepanyol merupakan anggota EU lain yang masing-masing membekukan aset milik Russia bernilai lebih €1 bilion (RM4.6 bilion)

EU melaksanakan gelombang sekatan berulang kali ke atas ekonomi Russia sejak Moscow melancarkan pencerobohan berskala penuh terhadap Ukraine, Februari lalu.

Walaupun sesetengah negara EU melaporkan sasaran pembekuan aset yang besar, sebilangan lagi negara anggota blok berkenaan pula jauh ketinggalan.

Malta iaitu negara anggota EU yang menguruskan skim kontroversi ‘pasport emas’ untuk pelabur kaya termasuk rakyat Russia, berada di kedudukan tercorot senarai itu dengan pembekuan aset berjumlah €146,558 (RM680,637).

Greece berada di tempat kedua tercorot dengan €212,201 (RM985,493) .

Secara keseluruhan, seramai 1,241 individu dan 118 entiti Russia telah dikenakan sekatan aset dan larangan memasuki EU kerana peranan mereka dalam konflik di Ukraine. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI