fbpx

Iqbal Zulkefli dijodohkan dengan anak Noniswara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Iqbal Zulkefli ketika meraikan ulang tahun kelahiran Erysha Eyra baru-baru ini.

BARU-BARU ini usahawan dan juga pelakon Iqbal Zulkefli menyambut ulang tahun kelahiran seorang wanita dikenali sebagai Erysha Eyra. Kalau semua nak tahu, Erysha merupakan anak kepada pelakon terkenal, Datin Seri Noniswara.

Difahamkan mereka menyambutnya bersama-sama di sebuah restoran. Dalam video tersebut kelihatan Iqbal membeli seutas gelang emas dan kek hari jadi khas buat Erysha.

“Meraikan ulang tahun kelahiran sahabat saya, Erysha Eyra. Jarang sekali saya menyambut hari ulang tahun kelahiran, kali ini bersama anakanda Datin Seri Noniswara, pelakon dan juga sahabat saya.

“Semoga ikatan silaturahim kita bertambah erat. Menjadi sahabat dunia akhirat. Terima kasih Datin Seri Noniswara dan keluarga Erysha sudi jemput saya,” tulis Iqbal.

Melihat gambar mereka, netizen apa lagi, pantas memainkan peranan jadi ‘match maker’ dengan menjodohkan Iqbal dan Erysha menjadi pasangan.

Kata netizen, kedua-duanya kelihatan sama cantik, sama padan. Diva pun rasa perkara yang sama.

“Cantik dan sepadan. Macam ini barulah betul,” kata seorang netizen.

“Kalau yang ini saya luluskan,” ujar seorang lagi pengikutnya.

“Harap-harap Iqbal berjodoh dengan Erysha ni,” kata seorang pengguna Instagram.

Diva pun doakan yang baik-baik untuk Iqbal. Usia dah kian lanjut. Moga-moga bertemu jodoh cepat.

DIVA: Hari Krismas makin dekat, nanti ramailah artis yang sibuk nak jadi Santa Claus. Lepas tu kena kecam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI