fbpx

Dua maut kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin hari ini.

ROMPIN – Dua maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Elgrand di Kilometer 123, Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian melibatkan tiga kenderaan itu ialah pemandu Perodua Viva, Muhammad Aidil Adha Nazri, 23, dan penumpang belakang, Bosiah Abdullah, 62.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd. Azahari Mukhtar berkata, kejadian pada pukul 9.30 pagi itu turut melibatkan sebuah lori.

“Semasa kejadian, MPV yang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar lori serta Perodua Viva yang berada di belakang kenderaan berat tersebut.

Keadaan sebuah MPV yang terlibat dalam kemalangan hari ini.

“Akibat kejadian itu, penumpang belakang Perodua Viva maut di tempat kejadian, manakala pemandu kereta meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan rata dan semasa kejadian cuaca baik serta permukaan jalan kering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI