fbpx

Cara pemandu Myvi letak kereta jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Perodua Myvi yang dikongsi oleh seorang influencer, @AbudiAlsagoff menerusi hantarannya di Twitter.

PETALING JAYA – Perodua Myvi yang dikenali sebagai ‘king of the road’ sekali lagi menjadi perhatian apabila pemandunya meletakkan kenderaan itu dengan cara pelik dan berbahaya.

Perkongsian itu dimuat naik seorang pempengaruh media sosial (influencer), Abudi Alsagoff yang memaparkan kereta Perodua Myvi berwarna merah diletakkan dalam keadaan separuh terlunjur dan hampir terjatuh.

Rata-rata netizen berasa terhibur dengan perkongsian gambar itu dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Salah longkang agaknya. Jika tiada longkang di situ, maka insiden tersebut tidak akan terjadi,” seloroh seorang pengguna Twitter.

“Mesti waktu kecil suka minum susu bak kata ustazah tular mata jadi rabun,” usik seorang lagi netizen.

“Agaknya yang mana benar, undur ke belakang atau jika ke depan akan menjunam ke bawah,” kata netizen lain.

Dalam pada itu, ketahanan dan kelasakan Perodua Myvi menyebabkan ada dalam kalangan netizen yang menyamakan kereta itu dengan kenderaan berjenama Tesla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI