fbpx

Bersatu Sabah akan distruktur semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saiful (tengah) ketika sidang media selepas mengadakan tinjauan di Kampung Lubuk Meriam, Tasek Gelugor di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan disusun dan distruktur semula susulan tindakan wakil rakyatnya meninggalkan parti itu semalam.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, operasi penstrukturan semula itu akan diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Naib Presiden Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Saya rasa, ‘trend’ keluar masuk parti terutamanya selepas pilihan raya adalah perkara lumrah yang perlu dilalui mana-mana parti.

“Biarpun begitu, Bersatu Sabah tetap kekal dan di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), kita ada perancangan dan ada tindakan di mana Timbalan Presiden akan mengetuai usaha menyusun semula bahagian-bahagian yang akan diisi pimpinan atasan nanti.

“Saya yakin parti tidak akan terjejas apatah lagi kita pernah ada pengalaman seumpama ini apabila tokoh terbesar iaitu bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah keluar parti diikuti anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Marzuki Yahya untuk membentuk parti Pejuang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Bersatu Sabah lumpuh apabila semua wakil rakyatnya keluar parti itu berkuat kuasa semalam.

Terdahulu, beliau turun padang mendengar masalah peniaga dan penduduk yang berdepan masalah habuk ekoran pergerakan kenderaan berat di Kampung Lubuk Meriam di sini hari ini.

Sebelum ini,, Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, keputusan untuk meninggalkan parti itu dibuat selepas mempertimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor mendakwa, tindakan Hajiji didorong oleh kepentingan jawatan dan kuasa.

“Bagi saya, mereka yang menjual prinsip perjuangan parti semata-mata untuk mengekalkan atau mendapatkan kuasa selayaknya diletakkan dalam kategori sama seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Di Sabah, tak ada sebarang masalah tetapi tiba-tiba mereka nak keluar.

“Saya kata kalau Hajiji nak keluar…tak apa, bawa sama beberapa orang pengikutnya dan kita akan susun balik parti,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI