fbpx

Beri kotak ada kepala suami bersama alat mainan dewasa kepada jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Carmen Merino bersama suaminya, mendiang Jesus Maria Baranda. - Foto Solarpix.com

MADRID – Seorang wanita memberi jirannya sebuah kotak berisi kepala suaminya yang telah dibunuh selepas menyatakan bahawa ia penuh dengan alat mainan orang dewasa, lapor portal berita Daily Star semalam.

Wanita itu, Carmen Merino, 64,  dihukum penjara selama 15 tahun selepas membunuh suaminya, Jesus Maria Baranda, yang telah hilang selama enam bulan.

Hanya apabila kotak itu mula berbau, jiran Merino dikenali sebagai Mari membukanya dan mendapati terdapat kepala reput pekerja bank yang telah bersara itu.

Pada mulanya, Merino dari Santander, Sepanyol meminta Mari menyimpan mainan orang dewasa  dengan selamat untuk mengelak daripada mendapat malu apabila polis menemuinya ketika menyiasat tentang kehilangan suami wanita berkenaan.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Wilayah Cantabria mengumumkan Merino akan dipenjara selama 15 tahun setelah disabitkan kesalahan membunuh suaminya pada Februari 2019.

Penghakiman bertulis menyatakan wanita itu bertindak sedemikian kerana tamak apabila dia menyertai secara aktif  perbuatan yang menyebabkan kematian suaminya selepas dinamakan sebagai waris tunggal wasiat lelaki berkenaan,  Jesus Maria yang berusia 67 tahun.

Keputusan itu menyatakan: “Dia membuang mayat itu dan menyerahkan tengkoraknya kepada seorang rakan wanita, memberitahu kotak itu mengandungi alat permainan seks kerana dia tahu saudara-mara pasangannya telah melaporkan mangsa hilang dan sedar ia akan mengakibatkan siasatan polis yang mungkin akan membawa kepada pencarian di rumah mereka.” – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI