fbpx

Belia usia 22 tahun ramai bankrap ketika pandemik – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Yeoh.

PETALING JAYA – “Kalau usia 22 sudah bankrap, bagaimana mereka akan berkahwin, membeli rumah seterusnya memberikan jaminan kepada anak-anak?”

Itu respon Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh berkenaan isu golongan belia yang kini berdepan masalah muflis.

Disebabkan itu katanya, KBS akan merangka inisiatif bagi membantu belia terlibat keluar daripada status tersebut.

“Masa pandemik ramai belia menjadi muflis pada usia muda dan tak ada jalan keluar.

“Jadi saya menerusi KBS akan membantu golongan belia yang tidak dapat membantu mereka diri mereka sendiri sekarang,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam masa sama katanya, beliau sedang mendapatkan data untuk mengenal pasti cara terbaik untuk membantu golongan ini.

“Ada belia yang mungkin tidak minat belajar tetapi ada bakat berlainan jadi program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan diperkasakan untuk bantu mereka.

“Kita nak bagi mereka latihan untuk membina bakat sehingga boleh bekerja,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seramai 1,610 belia direkodkan muflis bagi tempoh enam bulan sehingga Jun 2022 sekali gus menunjukkan penurunan berbanding 2020 dan 2021.

Jumlah keseluruhan belia muflis adalah 10,137 orang yang mana mencatatkan sebanyak 85 peratus penurunan bagi tempoh berkenaan.

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, isu pinjaman peribadi adalah punca utama kepada kes muflis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI