fbpx

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat kepada 537 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM Lipis membantu memindahkan mangsa di Kampung Lubuk Kulit di Lipis.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 537 orang melibatkan 160 keluarga yang ditempatkan di lapan buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman ini berkata, Raub dan Jerantut menjadi daerah terbaharu membuka PPS selepas Temerloh, Bera dan Lipis.

“Di Lipis seramai 79 orang mangsa daripada 29 keluarga telah ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit dan PPS Masjid Beletik.

”Manakala Temerloh pula seramai 380 mangsa daripada 113 keluarga ditempatkan di PPS Seri Semantan dan di Bera seramai 25 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS SK Seri Buntar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, di Jerantut melibatkan seramai 34 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kg Sempadan dan PPS SK Batu Balai manakala di Raub seramai 19 keluarga daripada empat keluarga ditempatkan di PPS SK Ulu Tok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI