fbpx

Anggur subur di Rawang, juruterbang ajak orang ramai rasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok anggur Mohd. Rezan yang berbuah lebat di Rawang, Selangor.

PETALING JAYA – Kisah pokok anggur hidup subur di Malaysia semakin banyak dikongsi membuktikan tanaman itu juga mampu membiak dengan baik di negara beriklim panas.

Bagi yang tinggal di sekitar Rawang, Selangor, bolehlah merasai pengalaman melihat sendiri pokok tersebut seperti yang dikongsikan pengguna Facebook, Mohd. Ezairol Rezan Zainol.

Menerusi respon Mohd. Rezan terhadap komen yang diterima, dia memaklumkan pokok anggur yang ditanam itu bukan sahaja berbuah lebat, malah rasanya juga sangat manis.

Menariknya, Mohd. Rezan yang juga seorang juruterbang itu tidak lokek berkongsi rezeki dengan netizen jika berhajat memetik sendiri dan merasai keenakan buah yang terkenal di negara empat musim itu.

“Hari ni Aku sibuk sikit melayan rakan-rakan yang bertandang ke rumah untuk merasai sendiri petik buah anggur Isabella.

“Kepada rakan-rakan Facebook yang belum sampai, jangan risau. Buah anggur ni masih ada banyak, jemput singgah kalau nak rasa. Berbagi rezeki itu sangat indah,” katanya.

Rata-rata orang ramai memuji tindakan juruterbang berkenaan yang disifatkan sangat yakin dengan konsep rezeki.

“Bercucuk tanam dengan tangan sendiri hasilnya dikongsi, kepuasan tu satu nikmat. Lepas ni lebih murah rezeki kapten. Kalau dekat saya pun nak petik sebiji dua rasa,” ujar Harraz Haris.

“Kebanyakan pokok buah-buahan ini jika buahnya kita suka sedekahkan, ia pun akan suka dan sentiasa berbuah,” komen Haninah Salim pula.

“Untung rakan-rakan Facebook yang tinggal dekat-dekat,” kata Siti Hairah MH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI