fbpx

[VIDEO] Warga emas hilang di Mekah, tidur tempat burung merpati kumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim (kanan) berjaya ditemui selepas hampir 10 hari hilang di Tanah Suci.

PETALING JAYA – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci akhirnya dijumpai semula selepas hampir sepuluh hari.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya, Maziah, 34, ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya, bapanya, Ibrahim Omar, 67, ditemui oleh pihak mutawwif yang turut bersama-sama terlibat mengesan warga emas itu.

“Sekitar pukul 3 petang (waktu Malaysia) ayah dah dijumpa semula oleh pihak mutawwif di Mekah.

“Ayah akan balik ke Malaysia pada 14 Disember ini dengan bantuan pihak yang terlibat membantu mengesan keberadaan ayah saya di sana,” katanya.

Bercerita lanjut, anak keempat dari 10 adik beradik itu memberitahu, bapanya dijumpai dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulillah ayah saya sihat cuma mukanya nampak sedikit lebam, pihak mutawwif tersebut ada kongsikan gambar dan video ayah saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran seorang mutawwif, Nabil Alkhred di Facebook memaklumkan pihaknya berjaya menemukan Ibrahim.

“Saya jumpa Pak Ibrahim yang hilang selama hampir sepuluh hari.

“Kesian tengok dia ke hulu ke hilir, syukur Pak Ibrahim sihat, cukup makan, cukup minum. Saya tanya tidur di mana, Pak Ibrahim jawab dia tidur di tempat burung merpati kumpul.

“Mukanya ada sikit lebam kerana tersembam di batu, tapi semuanya selamat tiada ada apa-apa yang yang cedera teruk,” tulisnya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI