fbpx

UDA anjur kempen tema Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung Angsana Johor Bahru Mall turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti permainan bola sepak sepanjang kempen Angsana Showcase 2022.

KUALA LUMPUR – UDA Holdings Berhad (UDA) menganjurkan kempen Angsana Showcase 2022 Edisi Bola Mania yang berlangsung di Angsana Ipoh Mall, Perak dan Angsana Johor Bahru Mall, Johor bermula semalam.

Kempen yang berlangsung sehingga 18 Disember (Angsana Johor Bahru Mall) dan sehingga 31 Disember (Angsana Ipoh Mall) ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman unik bertemakan Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Salem Kailany berkata, kelainan kempen kali ini adalah terdapat tayangan siaran langsung di skrin besar bagi dua perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang menjadi tumpuan ramai.

“Di Angsana Ipoh Mall, tayangan bola diadakan bermula semalam dan hari ini, manakala di Angsana Johor Bahru Mall pula akan ditayangkan perlawanan tempat ketiga/keempat pada 17 Disember nanti.

“Pengunjung turut berpeluang menikmati persembahan artis terkemuka seperti Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini sebelum perlawanan bermula,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sempena kempen Angsana Showcase 2022 Edisi Bola Mania, tayangan siaran langsung di skrin besar bagi perlawanan tempat ketiga/keempat akan dipaparkan di Angsana Johor Bahru Mall pada 17 Disember ini.

Tambah Mohd. Salem, selain menyemarakkan lagi semangat bola sepak, kempen Angsana Showcase 2022 Edisi Bola Mania juga diadakan bagi menghargai sokongan para pelanggan Angsana Mall selama ini.

“Penganjuran kempen ini juga selari dengan penjenamaan baharu UDA iaitu LIFE yang meraikan legasi rakyat Malaysia berbilang budaya termasuk minat, kesenian dan perayaan, selain menyepadukan keperluan masyarakat untuk bersosial, berhibur, membeli-belah dan menjamu selera di bawah satu bumbung.

“Inisiatif ini turut menghimpunkan kehalusan seni tempatan dan komuniti untuk bersama-sama merasai pengalaman istimewa ini serta menyediakan platform bagi memperkasa tawaran pusat beli-belah kami serta meningkatkan pengalaman pelanggan,” ujarnya.

Selain itu, jelas Mohd. Salem, pelbagai aktiviti dan program dijalankan di Angsana Ipoh Mall sepanjang tempoh kempen.

Antaranya sesi temu mesra dengan pemain Perak FC, perlawanan Perak FC (3 lawan 3) dan persembahan daripada Search serta Baby Shima.

Jualan barangan sukan berjenama turut ditawarkan pada kempen itu.

“Di Angsana Johor Bahru Mall pula, pengunjung berpeluang turut serta dalam Jualan Tengah Malam (sehingga pukul 2 pagi) dengan potongan harga sehingga 50 peratus serta Jualan Barangan Piala Dunia FIFA.

“Pengunjung juga dapat beramah mesra dengan bekas pemain bola sepak Johor dan Malaysia, Hasnizam Uzir serta menikmati persembahan daripada Shiha Zikir,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI