fbpx

Tentera Nigeria nafi paksa 10,000 wanita gugurkan kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis seawal usia 12 tahun didakwa digugurkan kandungan secara paksa. - breezy scroll

ABUJA, Nigeria – Pihak tentera didakwa melaksanakan sebuah program pengguguran kandungan secara ‘rahsia, sistematik dan haram’ di timur laut Nigeria sejak sembilan tahun lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Dalam satu laporan, tentera Nigeria didakwa menggugurkan hampir 10,000 kehamilan secara paksa. Ramai gadis dan wanita yang terlibat dalam program pengguguran itu adalah mangsa rogol dan penculikan oleh kumpulan militan.

Kandungan ramai wanita dan gadis seawal usia 12 tahun digugurkan tanpa kebenaran termasuk janin yang sudah mencecah usia dua minggu hingga lapan bulan.

Program itu melibatkan penipuan dan kekerasan fizikal terhadap wanita yang ditahan dalam tahanan tentera selama beberapa hari atau minggu.

Tiga askar dan seorang pengawal berkata, mereka biasanya memperdaya wanita bahawa pil dan suntikan yang diberikan bertujuan memulihkan kesihatan dan melawan penyakit seperti malaria.

Dalam sesetengah keadaan, wanita yang melawan akan dipukul, dirotan, diacukan senjata api atau diberi dadah supaya akur. Mereka juga diikat atau rebah akibat dadah, kata seorang pengawal dan pekerja kesihatan.

Program itu dipercayai telah dijalankan sejak 2013 dan beberapa prosedur telah diteruskan sehingga November tahun lalu. Menurut kenyataan saksi dan rekod, program itu dijalankan di lima kemudahan tentera dan lima hospital awam di kawasan itu,

Maiduguri iaitu bandar terbesar di timur laut Nigeria dan pusat perjuangan kerajaan menentang radikal Islam, didakwa menjadi tempat berlakunya banyak pengguguran kandungan.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa bahawa program itu adalah rahsia dan kadangkala dirahsiakan daripada rakan sekerja di hospital yang sama.

Tentera Nigeria bagaimanapun menafikan program sedemikian wujud dan menganggap ia adalah sebahagian daripada rancangan antarabangsa untuk menjejaskan kempen negara menentang kumpulan militan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI