PETALING JAYA – Dua sungai di Kuala Lumpur dilaporkan berada pada paras amaran dan waspada ekoran hujan lebat sejak petang tadi.
Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 8.15 malam, keadaan semua sungai itu masih terkawal kecuali dua buah sungai.
Sungai Gombak di Jalan Tun Razak merekodkan bacaan melebihi paras amaran iaitu sebanyak 30.74 meter (m).
Selain itu, Sungai Klang di Leboh Pasar mencatatkan bacaan 28.03 m melebihi paras waspada. – KOSMO! ONLINE