fbpx

Putus cinta cuma gimik? Janna undang amarah ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Janna memaparkan dirinya dipeluk lelaki mengundang amarah netizen tentang perilaku dirinya sebagai seorang wanita.

PETALING JAYA – Pelbagai drama putus cinta yang dilakukan pelakon sensasi Janna Nick selama ini didakwa netizen sekadar untuk mempromosikan peluncuran video muzik single terbaharunya berjudul Mentari Setia.

Bahkan dia sejak beberapa hari lalu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto bersama seorang lelaki di atas katil sehingga mengundang kecaman netizen.

Menerusi perkongsian terbaharu Instagramnya memaparkan dia dipeluk lelaki itu yang menjadi model dalam video muzik Mentari Setia, Janna menulis kapsyen sayu tentang lagu tersebut.

“Kesedihan, kekecewaan, segala luahan adalah benar dan penulisan lirik tulis dari hati yang pernah terluka,” tulis Janna disusuli dengan pemberitahuan pautan video muzik pada profil Instagramnya.

Kapsyen tersebut seolah-olah menunjukkan lagu terbaharu itu mengenai kisah putus cintanya bersama kekasih, Dini Schatzmann.

Perkongsian dramatis itu sekali gus meraih perhatian netizen yang tertumpu terhadap foto berpelukan Janna bersama model terbabit, Syed Adil yang merupakan atlet pedang kebangsaan.

“Gambar ini bukan sahaja mengundang fitnah, malah kecaman. Janna, awak banyak pengalaman pernah dikecam dan ingatkan sudah berhati-hati tetapi buat lagi.

“Apabila sudah kena kecam, awak salahkan orang lain tetapi gambar begini seolah-olah sengaja mengundang kecaman,” luah seorang pengguna.

Tinjauan Kosmo! mendapati, video muzik Mentari Setia yang dilancarkan semalam meraih 26,000 jumlah tontonan dalam saluran YouTube Janna Nick.

Berbeza dengan reaksi netizen dalam Instagram, video muzik Mentari Setia bagaimanapun meraih pujian ramai.

“Kisah yang dialami olehnya dalam lagu ini memang menusuk kalbu saya. Saya merasai apa yang disampaikan. Syabas Janna,” tulis seorang netizen.

“Ringkas namun meninggalkan kesan mendalam. Mengingatkan kepada kisah lama bersama awak dengannya (Dini). Dia meninggalkan awak kerana tidak dapat mengendalikan masalah mental,” ujar peminat lain.

Terdahulu, desas-desus keretakan hubungan Janna dan Dini mula hangat diperkatakan apabila bekas pengacara Melodi itu memuat naik status sedih seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta.

Namun, spekulasi kisah putus cinta mereka dikatakan hanya gimik selepas kelibat mereka berdua kelihatan dalam video TikTok pelakon Alvin Chong.

Hubungan cinta Dini dan Janna bermula apabila mereka bekerjasama dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI