fbpx

‘Prank’ baling kek makcik anak OKU, Tiktoker dikecam teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita bawa anak OKU beriadah menjadi mangsa `prank'

PETALING JAYA – Demi perhatian pengguna media sosial, seorang pengguna TikTok yang juga pencipta kandungan digital dikecam hebat apabila memuat naik satu video ‘prank’ membaling kek ke muka seorang wanita yang membawa anaknya yang kelainan upaya bersiar-siar di sebuah taman rekreasi.

“Apa lah buat macam ni. Habis dah kaca mata saya ni macam mana nak tengok. Dah la mata tak nampak,” soal wanita tersebut sambil mengelap kaca mata dan mukanya.

“Ini adalah prank semata-mata. Ini hanya nak menguji kesabaran akak menjaga anak dia. Jadi, kita nak tengok reaksi akak. Minta maaf sangat-sangat kak,” kata TikToker itu dengan selamba.“Tak patut buat saya macam ni. Saya tengah bawa anak saya tau,” ujar wanita tersebut.

“Ya saya nak menguji kesabaran akak membawa anak. Jadi, Alhamdulilah akak tak serang saya, akak cuma meninggikan suara. Jadi, saya minta maaf kak dari hujung rambut sampai hujung kaki,” kata TikToker itu lagi.

Wanita tersebut sempat mengucapkan syabas kepada lelaki terbabit untuk projek ‘prank’nya walaupun riak wajahnya jelas menunjukkan kekecewaan dan terkilan dilakukan sedemikian oleh individu yang tidak dikenali.

Video ‘prank’ berkenaan telah mengundang banyak kecaman sekaligus rasa tidak puas hati para pengguna media sosial yang melihat wanita tersebut dijadikan bahan eksperimen mereka.

“Ya Allah asal buat macam tu dekat orang tua?,” komen Eida81.

“Kalau aku jadi akak tu, terus je buat laporan polis,” ujar @LenyMS.

“Panas ni kalau kena dekat mak aku,” tulis @HidayatMelan.

Bagaimanapun, video tersebut baru sahaja dipadam oleh pencipta konten digital berkenaan petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI