fbpx

Piala Dunia: Mbappe jadi igauan buruk England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE akan terus menjadi sandaran utama Perancis dalam merobek gawang England selepas dia kini sudah mengumpul lima gol di Qatar. – AFP

AL KHOR – Bekas tonggak pertahanan Perancis, Patrice Evra percaya negaranya akan ‘menghancurkan’ England habis-habisan menjelang pertemuan aksi suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt awal pagi esok.

Les Bleus dilihat berada pada tahap paling baik jika diban­dingkan dengan persembahan dipamerkan ketika menjuarai edisi Piala Dunia 2018 di Russia.

Ia dapat dilihat melalui kematangan penjaring terbanyak kejohanan, Kylian Mbappe de­ngan lima gol setakat ini selain ketajaman jentera serangan Perancis dalam semua perlawanan di Qatar.

“Saya berkeyakinan tinggi, bukannya bersikap sombong. Saya percaya Perancis mampu menghancurkan England dan ia akan menjadi satu perlawanan yang sangat mendebarkan.

“Mungkin juga tanggapan saya salah kerana England mempunyai pemain-pemain berkualiti seperti (Bukayo) Saka dan (Phil) Foden. Namun, anda juga jangan sesekali lupa (Kylian) Mbappe beraksi buat Perancis,” kata Evra.

Bekas bek kiri Manchester United itu turut mempersoalkan kemampuan pemain pertahanan England, Kyle Walker yang disebut-sebut mampu merantai pergerakan Mbappe sepanjang perlawanan nanti.

“Bagaimana anda mahu menghentikan Mbappe? Wal­ker boleh katakan apa sahaja, tetapi Mbappe akan mencari jalan untuk melepasinya. Untuk menghalang Mbappe, anda perlu doakan hari yang teruk untuknya.

“Saya juga harap Mbappe diletakkan sebagai penyerang tengah kerana dua bek tengah England pastinya tidak mampu menghalang setiap pergerakannya,” jelas Evra yang memiliki 81 kaps antarabangsa bersama Perancis.

Dalam masa sama, Les Bleus perlu berwaspada dengan ancaman England yang boleh dijelmakan pemain sayap lincah Arsenal, Saka selepas dia meledak tiga gol setakat ini.

Skuad bimbingan Didier Deschamps juga tidak boleh membenarkan perancang te­ngah England, Jude Bellingham bebas turun ke bawah mengutip bola untuk melakukan hantaran penting ke bahagian serangan.

Jika terlalu mengambil mudah, impian Perancis untuk bergelar juara dunia buat kali kedua berturut-turut mungkin tidak kesampaian apabila ter­singkir di tangan England yang berkobar-kobar memburu gelaran pertama sejak 1966.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI