fbpx

Pengeluar kereta Thailand umum bonus 8 bulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Tempoh 10 bulan pertama 2022 menyaksikan 698,000 kenderaan dijual di Thailand. - The Nation Thailand

BANGKOK – Syarikat-syarikat pengeluar kereta utama di Thailand mengumumkan bonus Tahun Baharu yang lumayan buat pekerja susulan peningkatan keuntungan sepanjang tempoh pemulihan selepas pandemik Covid-19, lapor saluran berita Asia News Network semalam.

Tinjauan oleh agensi berita Thansettakij mendapati syarikat-syarikat pengeluar kereta utama negara itu mengumumkan bonus beberapa bulan serta elaun khas sejajar dengan pertumbuhan jualan.

Sepanjang 10 bulan pertama 2022 menyaksikan 698,000 kenderaan dijual di Thailand. Ia meningkat pada kadar 17.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Kadar bonus lumayan diumumkan beberapa pengeluar kereta utama termasuk pengumuman bonus lapan bulan gaji serta elaun khas 27,000 baht (RM3,434) oleh Isuzu Motors.

Toyota Motors pula menawarkan bonus 7.5 bulan gaji serta elaun khas sebanyak 34,000 baht (RM4,324), beserta elaun untuk menandakan ulang tahunnya yang ke-60 sebanyak 16,000 baht (RM2,035).

Dalam pada itu, Honda Automobile memberi bonus 5.4 bulan gaji kepada pekerja serta elaun khas 50,000 baht (RM6,359).

Thansettakij juga mendapati pembekal utama alat ganti kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta juga membayar bonus tinggi kepada pekerja mereka.

Denso Co Ltd memberi bonus 7.4 bulan serta elaun khas 32,500 baht (RM4,133) kepada kakitangan syarikat.

Yokohama Tyre Manufacturing pula menyediakan bonus 5 bulan gaji serta elaun khas 25,000 baht (RM3,179). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI