fbpx

Pembentukan awan indah seperti ombak di lautan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awan itu terbentuk di atas Pegunungan Bighorn di bandar Sheridan. - Facebook/Rachel Gordon

WASHINGTON – Satu fenomena alam semula jadi mengejutkan penduduk di negeri Wyoming apabila mereka menyaksikan pembentukan awan yang indah seperti alunan ombak di lautan, lapor laman berita Wion News semalam.

Pemandangan memukau itu kelihatan pada Selasa lalu di atas puncak Pegunungan Bighorn di bandar Sheridan.

Pembentukan awan itu dikenali sebagai ketidakstabilan Kelvin-Helmholtz. Ia berlaku apabila aliran udara yang lebih laju bergerak di atas udara yang naik dari bawah. Ia juga dikenali sebagai awan berkibar.

Bentuk itu dinamakan sempena nama saintis, Lord Kelvin dan Hermann von Helmholtz yang mengkaji fenomena fizik.

Rachel Gordon adalah orang pertama yang menyiarkan imej tersebut.

“Kejadian ini istimewa dan saya segera tahu saya perlu merakamnya,” katanya kepada Badan Penyiaran Britain (BBC). 

Gordon merakam gambar itu dari pintu belakang rumah ibu bapanya.

Menurut seorang wartawan BBC, gambar-gambar itu adalah salah satu contoh pembentukan Kelvin-Helmholtz yang paling sempurna.

Sebuah organisasi yang berpangkalan di Britain, Cloud Appreciation Society mentakrifkan Kelvin-Helmholtz sebagai permata mahkota di antara banyak pembentukan awan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI