fbpx

Pembangkang Perak pastikan kerajaan negeri selesai isu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman

PARIT BUNTAR – Pembangkang Perak akan memainkan peranannya bagi memacu kerajaan negeri untuk menyelesaikan segera segala bebanan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat pada masa ini.

Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya akan memacu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH -BN) yang telah membentuk kerajaan agar sentiasa memastikan kebajikan dan kemaslahatan rakyat sentiasa diberi fokus keutamaan.

“Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula pada 19 Disember nanti, perkara itu menjadi salah satu keutamaan kita agar rakyat tidak terus terbeban secara berlarutan.

“Selain itu, kita juga turut ingin mengetahui apakah rancangan kerajaan dalam melaksanakan penyelesaian bagi menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi termasuk bekalan telur yang didapati kurang di pasaran,” katanya kepada pemberita di Majlis Kesyukuran Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau di Dewan Markas MTD Batu 13 di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut ingin melihat bantuan daripada kerajaan terhadap golongan pesawah, petani, peladang dan nelayan termasuk golongan B40 bagi memastikan taraf kehidupan golongan itu mencapai tahap sara hidup yang lebih selesa.

“Kita akan memainkan peranan kita sebagai kumpulan semak dan imbang supaya kerajaan peka terhadap kos sara hidup yang kian meningkat.

“Begitu juga terhadap golongan pesawah,bpetani, peladang dan nelayan yang sedang menghadapi kos input yang kian meningkat hingga golongan ini sentiasa terbeban,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga ingin mengetahui apakah perancangan kerajaan negeri dalam menangani isu krisis bekalan makanan terutamanya bekalan telur ayam yang kurang di pasaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI