fbpx

Paksa rakan jadi pekerja seks, 3 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang wanita warga Tanzania yang dijanjikan pekerjaan di Malaysia mendakwa menjadi mangsa penipuan rakannya apabila dia dipaksa menjadi pekerja seks di sekitar Kuala Lumpur.

Tidak tahan diperlakukan demikian, mangsa bertindak melarikan diri serta membuat laporan polis lalu membawa kepada penahanan tiga suspek warga asing di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan seorang wanita Tanzania yang melarikan diri dari sebuah kondominium dekat sini sekitar pukul 12.45 tengah malam, Rabu lalu.

Katanya, mangsa melarikan diri daripada rakan wanita senegaranya selepas ditipu memberikan pekerjaan di pusat kecantikan setibanya di Malaysia.

“Mangsa mendakwa telah dikurung dan dipaksa untuk memberikan perkhidmatan seks kepada lelaki.

“Semasa melarikan diri, mangsa meninggalkan kesemua barangnya yang berada pada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohamad Farouk, tindakan mangsa membuat laporan polis adalah untuk merujuk kepada pihak kedutaan bagi mendapatkan semula passport dan pulang ke negara asal.

Hasil pengumpulan maklumat risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap satu lelaki dan dua wanita warga asing di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

“Hasil serbuan berjaya menangkap suspek utama bersama suspek lain yang berusia linkungan 28 hingga 37 tahun sekitar pukul 12.45 tengah malam itu.

“Kami merampas telefon bimbit kesemua suspek dan pemeriksaan telefon bimbit suspek utama mendapati terdapat gambar serta gambar passport mangsa,” katanya.

Menurut Farouk, ketiga-tiga individu yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan berada di Malaysia menggunakan visa sebagai pelajar.

Ujarnya, hasil siasatan mendapapti suspek lelaki memiliki passport ketika ditahan, manakala dua suspek wanita gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka positif dadah.

“Suspek yang ditahan telah dihadapkan ke Mahkamah Ampang dan dibenarkan reman selama 7 hari sehingga Khamis minggu hadapan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI