DOHA, Qatar – Seorang model dari Croatia dihalang bergambar dengan peminat ketika menonton Piala Dunia 2022 kerana mengenakan pakaian yang bertentangan dengan peraturan Qatar, lapor portal berita MailOnline semalam.
Model Instagram, Ivana Knoll ketika kejadian, sedang meraikan kemenangan mengejut skuad Croatia pada suku akhir perlawanan menentang Brazil dengan mata 4-2.
Knoll hadir semasa perlawanan penting Croatia dan Brazil di Al Rayyan semalam di mana kedua-dua negara bertungkus-lumus merebut posisi di peringkat separuh akhir.
Dia mendakwa bahawa petugas keselamatan Qatar melarangnya bergambar dengan peminat selepas kemenangan pasukan negaranya menentang Brazil.
Semasa perlawanan pembukaan, sekumpulan peminat Qatar tersenyum lebar ketika merakam gambar Knoll yang memakai bikini merah putih dan berseluar ketat ketika dia menuruni tangga.
“Mereka tidak membenarkan peminat merakam gambar dengan saya atau bergambar di atas pagar di sini.
“Saya kemudian bertanya kepada mereka mengapa mereka begitu biadap,” katanya kepada akhbar Bild.
Knoll telah mengumpul 1.8 juta pengikut di laman Instagram sejak dua minggu lalu selepas menarik perhatian peminat seluruh dunia semasa Piala Dunia.
Pakaiannya bertentangan dengan undang-undang kesopanan Qatar, yang menggesa wanita menutup bahu dan mengelak daripada memakai skirt pendek.
Bintang media sosial itu tidak mematuhi arahan sehingga dihalang oleh pihak keselamatan pada ketika sedang berseronok. – Agensi