fbpx

Lagi kes kanak-kanak diserang buaya di Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak cedera di kaki kanan selepas diserang seekor buaya dalam kejadian Kampung Air, Lahad Datu semalam. -Foto: Ihsan Pembaca-

LAHAD DATU – Selepas kejadian kanak-kanak hilang dibaham buaya, baru-baru ini, seorang lagi kanak-kanak menjadi mangsa serangan reptilia berkenaan dalam kejadian di Kampung Air semalam.

Dalam kejadian pukul 5.55 petang itu, mangsa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun parah di bahagian kaki kanan ejoran digigit buaya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa ketika kejadian dikatakan turun ke bahagian bawah rumahnya untuk mengambil ayam sebelum sepupu mangsa ternampak seekor buaya sedang menghampiri kanak-kanak itu.

“Sepupu mangsa kemudiannya menjerit untuk memberi amaran kepada mangsa.

“Mangsa yang menyedari situasi cemas itu terus menyelamatkan diri naik ke atas jambatan berhampiran rumahnya namun buaya sempat menyerang mangsa hingga cedera di bahagian kaki sebelah kanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Rohan Shah berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, mangsa sudah menjalani pembedahan di bahagian kaki kanan dan didapati retak di bahagian tulang kakinya.

“Mangsa masih menerima rawatan di hospital dan keadaannya stabil,” katanya.

Sementara itu, Rohan memaklumkan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu sudah mengenalpasti 28 sarang buaya di sekitar daerah Lahad Datu.

“Kita telah kenalpasti terdapat 28 sarang buaya di daerah ini dan polis bekerjasama dengan JHL Lahad Datu untuk menjalankan operasi pembanterasan reptilia ganas berkenaan,” katanya.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada 1 Disember lalu hilang dipercayai dibaham buaya manakala ayahnya parah akibat digigit reptilia berkenaan ketika cuba menyelamatkan anaknya dalam kejadian berhampiran pangkalan Jeti PPM Lahad Datu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI