fbpx

‘Kurang gemuruh jika sunat ramai-ramai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini bersama Ahmad Ilman (kiri) dan Ahmad Irham disapa Fadhlina dan Kon Yeow di Dewan Serbaguna Jawi, di sini hari ini. SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Program berkhatan secara beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan menjadi salah satu platform mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat.

Bagi Noraini Awang, 44, Program Berkhatan Perdana Kadun Jawi yang diadakan hari ini amat sesuai diadakan sekali gus dapat mengurangkan ketakutan dan rasa gemuruh peserta terdiri kanak-kanak yang bakal menginjak ke alam dewasa.

Menurutnya, kedua-dua anaknya, Ahmad Irham Firas, 9, dan Ahmad Ilman Ziqri Ahmad Faisal, 7, dilihat teruja selain asyik menghitung hari untuk dikhatankan sejak minggu lalu.

“Sepatutnya mereka menyertai program ini lebih awal lagi namun apabila Covid-19 melanda, ini terpaksa ditunda.

“Kedua-duanya tidak berdepan sebarang masalah semasa proses khatan dijalankan malah mereka gembira kerana tidaklah sakit seperti yang disangkakan,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Jawi, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program berkenaan mendapat dokongan masyarakat menerusi pembabitan komuniti dan ahli keluarga.

“Kita dapat lihat sokongan ibu bapa dan bagaimana mereka mengendalikan emosi anak-anak yang ketakutan.

“Justeru, aktiviti seumpama ini wajar diteruskan pada setiap cuti sekolah bagi memudahkan anak-anak setempat,” katanya.

Program yang disertai seramai 100 kanak-kanak itu dirasmikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi, Jason H’ng Mooi Lye. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI