fbpx

KKM teliti semula 13 projek sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. ZALIHA bersama Tan Sri Dr. Noor Hisham melihat replika projek bangunan tambahan di Hospital Segamat, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti semula semua projek ‘sakit’ di bawah kementerian itu yang membabitkan pelbagai projek kemudahan awam dan fasiliti kesihatan termasuk pembinaan hospital.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, penelitian secara pragmatik perlu dilakukan secara terperinci terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang bentuk tindakan.

“Saya telah diberi penerangan berkaitan hal berkenaan, cuma belum diperincikan lagi dan saya perlu lihat ‘sakit’ itu dalam (bentuk) bagaimana.

“Kita perlu lihat satu per satu permasalahan termasuk aduan yang diketengahkan barulah perkara itu dapat diatasi (kerana) langkah berkenaan tidak mudah.

“Ianya seolah merawat pesakit harus ada penelitian sebelum rawatan terbaik diberikan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan kerja pertama sejurus dilantik menyertai barisan kabinet, di Hospital Segamat, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KKM Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, Datuk Dr. Aman Rabu.

Sebelum ini, KKM mengenal pasti 13 projek ‘sakit’ di bawah kementerian itu di seluruh negara kerana lewat siap dan tidak mengikut jadual ditetapkan yang membabitkan pelbagai projek kemudahan awam termasuk pembinaan hospital.

Bekas menterinya, Khairy Jamaluddin dilaporkan September lalu, berkata, usaha oleh KKM sedang dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya bagi mencari jalan sama ada untuk mempercepatkan projek terbabit atau menerusi proses pelantikan kontraktor penyelamat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI