fbpx

Kalamullah sah bersama KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KALAMULLAH membuat keputusan untuk menyertai KDA biarpun beberapa pasukan menagih khidmatnya musim depan. – FB KDA FC

PENJAGA gol skuad kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi mengakui cukup lega dapat mengesahkan masa depannya selepas menandatangani kontrak bersama Kedah Darul Aman (KDA FC) pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Difahamkan, khidmat pemain kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu diintai beberapa kelab terkemuka pada jendela perpindahan kali ini selepas pasukan yang diwakilinya, Petaling Jaya City (PJ City) menarik diri pada kempen Liga M tahun depan.

Antara yang dilaporkan berminat dan sedang memburu penjaga gol No. 1 itu ketika ini adalah pasukan Sri Pahang dan naib juara Liga Premier, Kelantan FC.

Namun, Kalamullah mengakui keputusan untuk berhijrah ke skuad Sang Kenari adalah muktamad kerana cukup teruja de­ngan kesetiaan serta sokongan padu yang diberikan oleh penyokong kelab berpengaruh dari utara tanah air itu.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu berkata, misi utama pada musim depan adalah untuk me­rebut tempat selaku penyarung ‘jersi No. 1’ pasukan selain membantu KDA FC mara ke pentas final Piala FA dan Piala Malaysia.

“Syukur saya dapat mengesahkan penghijrahan ke Kedah musim depan. Kelab ini merupakan salah sebuah pasukan berpengaruh de­ngan penyokong yang ramai dan saya yakin ia dapat memberi pe­ngalaman baharu buat saya.

“Ketika bermain dengan PJ City menentang mereka, saya dapati ramai penyokong datang memberikan sokongan buat pasukan pada setiap perlawanan dan ia salah satu faktor yang membuatkan saya semangat untuk ke sini.

“Apa yang pasti, saya akan berikan yang terbaik dan jika ditanya mengenai sasaran, saya mahu membantu pasukan mara ke pentas final Piala FA atau Piala Malaysia kerana saya tidak pernah merasai pengalaman tersebut sepanjang karier,” katanya.

Kalamullah yang dianggap antara penjaga gol terbaik Liga M musim lepas menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh barisan kejurulatihan baharu yang diketuai Nafuzi Zain kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI