fbpx

Jurutera wanita maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas. - Foto IHSAN PDRM

CYBERJAYA – Seorang jurutera teknologi maklumat maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Persiaran Apec, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang di itu, mangsa dikenali sebagai Nurul Sahira Kamaruzzaman, 25, disahkan maut di lokasi akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari Puchong, Selangor.

Beliau berkata, motosikal ditunggangi mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas mengakibatkan wanita tersebut kemudian tercampak di atas jalan.

“Mayat mangsa telah dibawa Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI