fbpx

JPJ Kelantan lelong 44 buah kenderaan dilucut hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kenderaan yang dilucutkan hak yang dilelong JPJ Kelantan kepada orang awam. FOTO IHSAN JPJ KELANTAN

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuat tawaran lelongan sebanyak 44 buah kenderaan yang telah dilucut hak pada harga serendah RM50 bermula esok sehingga 14 Disember ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, tawaran sebut harga sehingga RM30,600 bagi kesemua kenderaan itu dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, pelbagai jenis kenderaan yang ditawarkan antaranya Honda Jazz, Honda Odyssey, Proton Saga dan Proton Iswara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 16 kenderaan boleh didaftar manakala 28 buah lagi kenderaan sudah tersadai atau ‘scrap’.

“Kenderaan tersebut dipamerkan untuk pemeriksaan awam di Pejabat JPJ Panji, Kota Bharu, Stesen Penguatkuasa (SPK) JPJ Bukit Jawa (Pasir Puteh), SPK Labok (Machang), SPK Laloh (Kuala Krai), SPK Bukit Bunga (Tanah Merah) dan SPK Kuala Balah (Jeli),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Misuari, mereka yang berminat boleh mendapatkan dokumen pelelongan awam berharga RM50 senaskah secara kiriman wang pos atau bentuk bank draf atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Katanya, lelongan kenderaan tersadai hanya terbuka pemilik yang mempunyai sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan.

“Bagi kenderaan lelongan yang boleh daftar pula terbuka kepada orang awam,” ujarnya.

Tambah Mohd. Misuari, maklumat lanjut mengenai lelongan kenderaan boleh didapati menerusi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan di talian 09-766 6905 dan 09-766 6117 atau layari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI