fbpx

Jauh dengan anak sekali lagi? Ayda Jebat okey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UJAR Ayda Jebat, anaknya, Ana Nayla berada dalam keadaan baik meskipun terpaksa berpisah selama 12 hari dengannya dan suami, Nabil Mahir.

TAIWAN – Meskipun mengakui ‘seksa’ berpisah dengan anak, penyanyi Ayda Jebat tidak keberatan untuk berjauhan dengan Ana Nayla sekiranya perlu bekerja dalam tempoh lebih lama selepas ini.

Ujar Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, pada awalnya hatinya sangat berat meninggalkan Ana demi kerja tetapi perasaan bertukar lega apabila melihat anaknya dalam keadaan baik sepanjang ketiadaannya.

Menurut Ayda, 30, ini merupakan pengalaman pertamanya dan suami, Nabil Mahir berpisah dalam tempoh masa yang lama iaitu selama 12 hari bagi menjalani penggambaran program terbaharu, Salam Taiwan.

“Ya, ini pertama kali saya dan Nabil berjauhan dengan anak dalam tempoh yang lama kerana sebelum ini kami lakukan konsep bergilir-gilir.

“Awalnya memang sedih tetapi lega dan lucu pula melihat reaksi Ana yang tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif dan kelihatan okey sahaja sepanjang kami berada di Taiwan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di set penggambaran program Salam Taiwan, di sini semalam.

Tambah pelantun lagu Pencuri Hati itu, dia juga lega melihat keadaan Ana yang dijaga oleh keluarga mentuanya dengan baik.

Bagi mengubat rasa rindu, dia turut membawa bantal dan selimut milik Ana ke Taiwan.

“Disebabkan rasa rindu, saya bawa bantal dan selimut serta elak melakukan panggilan video dengan Ana.

“Ada kemungkinan saya akan tinggalkan lagi dia selepas ini. Alhamdulillah setakat ini nampak dia okey sahaja.

“Dia memang jenis kanak-kanak yang okey. Cuma akan menangis apabila nampak saya contohnya apabila wajah ibunya muncul dalam televisyen,” kata aktres berusia 30 tahun itu.

Sebagai info, kempen Salam Taiwan yang menampilkan Ayda sebagai duta rasmi akan mengetengahkan pelbagai lokasi, makanan halal dan aktiviti menarik serta sesuai untuk pelancong beragama Islam.

Beberapa hari lalu, Ayda mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video dia menangis kerana terpaksa berjauhan dan merindui anak perempuannya kerana perlu ‘terbang’ ke Taiwan demi kerja.

Ana dilahirkan pada 21 September tahun lalu hasil perkahwinan Ayda dan Nabil yang mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI