PETALING JAYA -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa tiga negeri sehingga 2 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebooknya berkata, hujan lebat diramal berlaku di negeri Sarawak, di sekitar Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
Seterusnya, cuaca tidak menentu itu juga dijangka di negeri Sabah, sekitar Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu).
Sehubungan dengan itu, hujan lebat juga diramal di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan.
Menurutnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. -KOSMO! ONLINE.