fbpx

Hujan lebat di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi laman Facebooknya berkata, hujan lebat diramal berlaku di sekitar Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, manakala Pahang di Bentong.

Seterusnya, cuaca tidak menentu juga dijangka berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cuaca buruk juga diramal di Negeri Sembilan iaitu di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau dan selanjutnya, Johor di daerah Tangkak, Segamat, Muar, Mersing serta Kota Tinggi.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI