fbpx

Fenomena air pasang besar landa Terengganu sehingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosman (kanan) menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan pesisir pantai ekoran ancaman fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.

KUALA TERENGGANU – Penduduk di pesisir pantai dan kawasan rendah di muara sungai dinasihatkan berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlarutan sehingga Rabu ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, fenomena berkenaan boleh menyebabkan paras ombak mencecah antara 2.7 sehingga 2.9 meter.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan dan air pasang besar tersebut boleh mengakibatkan limpahan air secara luar biasa di kawasan rendah berisiko.

“Orang ramai terutama penduduk di kawasan rendah diseru agar sentiasa bersiap siaga untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan pihak berkuasa.

“Kami khuatir sekiranya berlaku limpahan air sebabkan hujan lebat bertembung dengan air pasang besar yang lazimnya berlaku bermula 10 malam sehingga 1.30 pagi sehingga Rabu ini,” katanya selepas memantau fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir di sini malam tadi.

Mohd. Rosman juga menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan pesisir pantai apatah lagi semata-mata untuk melihat ombak besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI