fbpx

Bomba bantu kebumikan jenazah 230kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba dibantu ahli keluarga menurunkan jenazah seberat 230kg yang dikebumikan di Kampung Paya Ikan, di sini, semalam.

MELAKA – Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil di sini membantu menurunkan jenazah seorang lelaki obesiti yang seberat 230 kilogram (kg) ke liang lahad.

Jenazah pemuda berusia 29 tahun itu selamat dikebumikan di Kampung Paya Ikan di sini pada pukul 12.19 tengah hari semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Kamarudin Mat Amin berkata, panggilan meminta bantuan diterima pada pukul 11.47 pagi dan seramai enam anggota bergerak ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 11.51 pagi dan menjalankan operasi mengangkat jenazah seorang pesakit obesiti, dengan dibantu ahli keluarga serta orang awam.

“Jenazah seberat 230kg berjaya diturunkan ke dalam liang lahad dengan menggunakan tali dan selesai kira-kira 30 minit kemudian,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI