fbpx

Aruel Ariel juara Getaran Jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUEL ARIEL muncul juara program Getaran Jiwa dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

KUCHING – Anak kelahiran Selangor, Aruel Ariel, 36, melakar kejayaan manis apabila muncul juara Getaran Jiwa yang berlangsung di Stadium MBKS, Kuching, Sarawak malam tadi.

Dengan menyampaikan lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti dan Gelora menerusi cabaran battle duo bersama Santiana Ramli, Aruel berjaya memikat hati juri sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.

Tempat kedua pula menjadi milik Santiana yang menyampaikan lagu Tari Tualang Tiga dengan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 serta trofi.

Afif Tenor pula berpuas hati di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 serta RM1,000 menerusi Anugerah GJ Pilihan Jiwa.

Tempat keempat jatuh kepada Ameem,34, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70 peratus oleh barisan juri profesional dan 30 peratus oleh juri awam yang mengundi secara dalam talian menggunakan ‘Meter Jiwa’.

Persembahan minggu akhir dinilai oleh Datuk Nash selaku ketua juri serta Norafizah Busman sebagai juri tetap manakala penyanyi Faizal Tahir pula selaku juri jemputan.

Sementara itu, pentas akhir Getaran Jiwa turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi Mas Idayu yang bertindak sebagai Mami Jiwa Panas.

Dihoskan oleh Sissy Imann dan Jiggy, program terbitan TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak ini diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.

Pada acara final, penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Alena Murang, Winnie Albert, Carrie Geres, Safar Ghafar dan Hairee Francis. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI