fbpx

Adam Adli akui Kerajaan Perpaduan hadapi cabaran besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Adli ketika ditemui pemberita selepas mengangkat sumpah Timbalan Menteri di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim mengakui Kerajaan Perpaduan ketika ini mendepani cabaran besar dalam memastikan dasar terutama agenda yang dimuktamadkan terlaksana.

Adam Adli juga tidak menolak terdapat cabaran bakal berlaku pada masa akan datang selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memfokuskan kepada kos sara hidup dan pembaharuan.

“Isu-isu politik pilihan raya umum sudah tamat. Jangan heret terlalu panjang perbalahan politik tersebut. Itu merugikan banyak terutama sekali tenaga dan masa orang yang sepatutnya buat kerja sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri di Istana Negara hari ini.

Mengulas lanjut, Adam Adli berkata, fokus dan tanggungjawab beliau bersama Menteri Beliau dan Sukan, Hannah Yeoh akan digalas dengan penuh dedikasi selain memastikan kementerian tersebut dapat melaksanakan segala perancangan di masa akan datang.

“Kalau sebelum ini secara tradisinya (fokus belia hanya) dalam bidang sukan dan pendidikan, tetapi sekarang dalam demokrasi dan politik jadi cabaran untuk kaum muda itu banyak. Ini peranan yang akan digalas oleh kementerian.

“Saya akan bincang dengan Yang Berhormat Menteri untuk pembahagian tugas yang baik buat kami berdua, (namun) saya tetap di situ untuk membantu bantu agenda kementerian dan kerajaan, Insya-Allah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adam Adli ketika ditanya oleh pemberita mengenai usikan netizen yang menyatakan ‘dari jalanan ke Istana Negara’ berkata, perkara tersebut baginya adalah jenaka .

“Sudah biasa dah,” jawabnya secara ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI