fbpx

104 calon terima pengurniaan Darjah, Bintang Kebesaran, pingat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM –  Seramai 104 individu tersenarai dikurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran serta pingat negeri bersempena Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, senarai pencalonan itu telah diperkenankan baginda selepas berunding dengan Dewan diRaja.

Katanya, kesemua calon itu disenarai pendek oleh Jawatankuasa Khas dan dan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dewan diRaja pada 27 September lalu.

“Kerajaan negeri telah menawarkan pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat pada 16 Jun dan pencalonan terbuka sehingga 16 Ogos lalu.

“Sebanyak 2,535 pencalonan diterima iaitu 999 bagi Darjah dan Bintang Kebesaran, manakala 1,536 borang permohonan pingat negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Haris yang juga Pendaftar Darjah Kebesaran negeri, dua individu disenarai menerima darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato’ Seri bagi ahli lelaki dan Datin Paduka Seri bagi ahli wanita.

“Seorang penerima pula dicalonkan pengurniaan Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran Dato’ Setia bagi ahli lelaki dan Datin Paduka Setia bagi ahli wanita.

“Bagi darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.), seramai 10 individu tersenarai yang membawa gelaran Dato’ atau Datin Paduka,” ujarnya.

Beliau berkata, seramai 11 individu turut dicalonkan pengurniaan darjah Dato’-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) bagi gelaran Dato’ atau Datin Paduka.

“Ia diikuti masing-masing 19 calon Setia Mahkota Selangor (S.M.S) dan Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.) serta 17 calon Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.).

“Seramai 15 individu pula disenarai pengurniaan Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.), Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B.K.S.) (3) dan Bintang Perkhidmatan Cemerlang
(B.P.C.) (7),” katanya.

Tambah Haris, kesemua calon telah melepasi tapisan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI