fbpx

Tiada lantikan Timbalan Menteri Agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim

PETALING JAYA – Tiada pelantikan dibuat bagi jawatan Timbalan Menteri Agama di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Ia susulan, tiada pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung jawatan tersebut pada sidang akhbarnya di Putrajaya sebentar tadi.

Sebelum ini, jawatan tersebut disandang Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini melantik Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar sebagai Menteri Agama.

Secara keseluruhan, seramai 27 Ahli Parlimen dilantik sebagai Menteri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pada 2 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI