fbpx

Sakit leher, Lisa dikecualikan buat tarian tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA

KETIKA ini, kumpulan wanita popular Blackpink sedang melengkapkan siri konsert jelajah dunia di negara Eropah dan paling terkini, mereka menyempurnakan persembahan di Barcelona.

Peminat sangat teruja kerana berpeluang menyaksikan persembahan solo keempat-empat ahli kumpulan itu.

Jisoo menyampaikan lagu Liar nyanyian asal Camila Cabello, Jennie (You & Me), Rosé (Hard To Love dan On The Ground) serta Lisa (Lalisa dan Money).

Bagaimanapun ketika sesi latihan, Lisa membuat pengakuan bahawa kesihatannya tidak berada dalam kondisi terbaik kerana mengalami sakit leher dan otot.

Masalah tersebut menyebabkan Lisa terpaksa ‘dilepaskan’ daripada persembahan tarian tiang untuk segmen solo seperti yang dilakukannya sepanjang siri jelajah sebelum ini.

Usai konsert, Lisa menerusi Instagramnya memohon maaf kepada Blinks (kumpulan peminat) Barcelona kerana tidak dapat melakukan persembahan tersebut yang sangat dinantikan peminat di sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI