fbpx

Puad Zarkashi sambung cerita rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menegaskan beliau bersimpati dengan ‘mimpi’ bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan rumah (UMNO) sudah terbakar (rosak).

Jelas Mohd. Puad dalam satu hantaran di Facebook miliknya sebentar tadi berkata, apa yang dijelaskan oleh Annuar itu hanyalah ‘mimpi’ dan rumahnya itu sebenarnya tidak ‘terbakar’.

Katanya lagi, ada rumah yang ‘terbakar’ kerana orang dalam rumah buat wiring (pendawaian) tambahan sesuka hati dan mengubah suai tidak ikut spek (peraturan).

“Saya bersimpati dengan Annuar Musa. Dia mimpi rumahnya terbakar dan dia terpaksa keluar untuk menyelamatkan diri. Rupanya mimpi saja. Rumah tidak terbakar pun.

“Cuma nak ingatkan Annuar Musa. Ada rumah terbakar kerana orang dalam rumah buat wiring tambahan suka hati dia. Ubah suai tidak ikut spek. Orang kata memandai,” katanya.

Tambah Mohd. Puad lagi, ada juga orang yang sengaja bakar rumah sendiri kerana mahu untung lebih. Dia beli insuran mahal kerana tamak. Akhirnya rugi dan niat jahat dia terbongkar.

“Kalau rumah terbakar patut siram dengan air. Jangan siram dengan petrol. Lagi jahanam. Mujur sempat lari keluar.

“Pergilah tumpang rumah lain. Harga pun mahal. RM600 Bilion,” jelasnya.

Terdahulu, Annuar Musa seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya sudah tidak lagi berada dalam parti UMNO apabila membuat hantaran di Facebook berkenaan rumah pusaka yang terbakar namun ditarik keluar untuk diselamatkan.

“Ketika api masih marak dan ramai yang terus lari meninggalkan rumah, tiba tiba saya ditarik keluar dari api yang membakar,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI