fbpx

Piala Dunia: Belanda mahu lunas dendam kesumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Belanda mengambil bahagian dalam sesi latihan di pusat latihan Universiti Qatar, Doha menjelang aksi menentang Argentina awal pagi esok. – AFP

LUSAIL – Belanda bertekad membalas dendam terhadap Argentina menjelang aksi suku ­akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail awal pagi esok.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu menyaksikan The Oranje dikecewakan ke pentas final Piala Dunia 2014 oleh Argentina selepas menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir.

Ketua jurulatih Belanda, Louis van Gaal berharap anak-anak buahnya sudah bersedia untuk menghadapi tugas sukar tersebut dalam misi mereka memburu kejuaraan sulung Piala Dunia.

“Sudah tentu Argentina lebih disebut-sebut sebagai pasukan pilihan tetapi Belanda juga mempunyai kekuatan tersendiri. Malah, kami sebenarnya antara pasukan yang menarik selain Brazil pada edisi kali ini.

“Sekarang kami sudah di suku akhir dan Argentina pernah menyingkirkan kami di peringkat separuh akhir menerusi sepakan penalti. Kami akan menebus semula kekalahan itu,” katanya.

Nada berbeza disuarakan pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong yang mengakui tidak mempunyai cara untuk menghalang bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi menje­lang perlawanan tersebut.

“Saya kenal Messi tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya. Dia sudah membawa perubahan selama 15 tahun dan sehingga kini tiada sesiapa dapat menghalangnya.

“Namun, saya berkeyakinan tinggi kami juga ada peluang dalam perlawanan ini. Mereka juga akan merasakan perkara yang sama, jadi peluang 50-50 buat kedua-dua pasukan,” jelas­nya.

Belanda ketika ini dilihat berapa pada landasan tepat untuk mencipta sesuatu bagi mengubati kekecewaan mereka selepas gagal me­layakkan diri sewaktu edisi 2018 di Russia.

Edisi kali ini juga merupakan peluang terbaik buat pasukan No. 8 dunia itu mendakap trofi Piala Dunia yang pertama dengan pencapaian terbaik selama ini adalah muncul naib juara sebanyak dua kali pada 1974 dan 1978.

Sebagai rekod, Belanda mara ke suku akhir selepas menjuarai saingan Kumpulan A sebelum menumbangkan Amerika Syarikat 3-1 di pusingan 16 terbaik sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI