fbpx

Piala Dunia: Argentina perlu turunkan Martinez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ giat menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan menjelang aksi suku akhir menentang Belanda di Stadium Lusail awal pagi esok. – AFP

LUSAIL – Bekas pertahanan Manchester United, Paul Parker menggesa pengendali Argentina, Lionel Scaloni supaya menyenaraikan Lisandro Martinez dalam kese­belasan utama menentang Belanda awal pagi esok.

Parker percaya gandi­ngan Martinez dan Christian Romero sebagai bek tengah akan memberikan Argentina peluang yang lebih besar untuk meraih kemenangan dalam aksi suku akhir di Stadium Lusail itu nanti.

Beliau juga tanpa berselindung mengkritik Nicolas Otamendi yang sentiasa menjadi sasaran pihak lawan dan gagal beraksi dengan baik biarpun diturunkan beraksi dalam semua perlawanan.

“Kemasukan Martinez ketika menentang Australia te­lah mengubah segala-gala­nya. Dia tak takut untuk melakukan terjahan dan memenangi bola.

“Dia perlu bergandingan dengan Romero. Saya tak percaya bagaimana Argentina lebih memilih Otamendi daripada Martinez. Otamendi hanyalah badut di atas padang.

“Otamendi sentiasa me­lakukan kesilapan ketika di Manchester City dan kali ini dia mengulanginya lagi buat negaranya. Argentina ada peluang kalau dia tidak diturunkan,” kata Parker.

Martinez tidak menjadi pilihan utama Scaloni yang lebih gemar menggunakan Otamendi dan Romero dalam kesebelasan utamanya pada kempen Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun, bintang The Red Devils itu membuktikan kualitinya apabila dima­sukkan pada minit ke-50 ketika menewaskan Australia 2-1 di pusingan 16 baru-baru ini.

Berdasarkan prestasi cemerlang itu, Martinez berkemungkinan besar bakal mendapat peluang memulakan aksi suku akhir menentang Belanda sebagai pemain ke­sebelasan utama.

Kehadirannya di bahagian belakang Argentina mampu menyekat kemaraan pemain sayap lincah Belanda, Cody Gakpo yang setakat ini sudah berjaya mengucar-ngacirkan benteng pertahanan lawan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI