fbpx

Nama disalah guna, Baby Shima buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA membuat satu laporan polis di Mutiara Damansara hari ini.

PETALING JAYA – Kecewa dengan tindakan sebuah syarikat pengurusan acara yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran sebagai pelaris acara yang berlangsung di Johor, penyanyi sensasi Baby Shima tanpil membuat satu laporan polis.

Shima atau nama sebenarnya Nur Ashima Ramli, 30, berkata, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang berikutan sudah tiga kali dimanipulaskani pihak berkenaan.

“Saya terpaksa membuat laporan polis kerana mereka sudah melampau dan ini bukan pertama kali. Saya tidak boleh beri muka lagi kepada mereka.

“Ini kali ketiga mereka guna nama dan muka saya pada poster acara yang mereka anjurkan. Mereka tarik orang datang dan dapatkan penaja dengan nama saya sedangkan saya tidak terlibat.

“Jadi laporan polis perlu dilakukan sebagai tindakan untuk dia berhenti menggunakan nama dan gambar saya,” ujarnya.

Shima ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shima juga kesal apabila penganjur berkenaan bersikap biadab dan mencetuskan provokasi ketika dia cuba berbincang mengenai perkara itu.

“Bila pengurus saya hubungi mereka dan minta penjelasan mereka melenting dan cakap kami tak beradab. Dia yang guna gambar saya tanpa kebenaran… Siapa yang tidak beradab sebenarnya? Dia juga turut melibatkan ibu dan bapa saya.

“Bagi saya dia tidak profesional dan memfitnah pengurus saya tidak beradab. Dia yang salah, menipu orang ramai,” katanya lagi.

Sementara itu, Shima berkata, dia akan menjelaskan perkara sebenar di media sosial supaya peminat juga tidak tertipu.

“Ramai peminat DM nak jumpa di acara tersebut. Ada yang sempat saya balas. Malah ada juga yang sangat kecewa kerana rasa tertipu.

“Jadi saya perlu jelaskan perkara sebenar. Laporan polis ini juga adalah untuk membersihkan nama saya yang telah digunakan tanpa kebenaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI