fbpx

Menderita muntah paku, jarum angkara sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar paku, jarum yang dimuntahkan akibat kena sihir.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial (influencer) tidak menyangka perbuatan sihir dengan menghantar benda tajam seperti jarum masih diamalkan pada masa kini.

Seorang influencer, Ikhwan (@JatIkhwan) berkongsi pendedahan itu berikutan terdapat ahli keluarganya yang ‘terpalit’ dengan perbuatan khurafat tersebut.

“Bahana perbuatan sihir. Bertahun-tahun makcik menderita dan semalam muntah ‘benda’ tajam seperti jarum, pin, paku kecil, besi-besi kecil dan sebagainya.

“Sesungguhnya sihir itu masih ada dalam kalangan kita dan ia sudah lama wujud sejak ribuan tahun dahulu lagi.

“Tidak terjangkau akal sihat tetapi ia memang berlaku secara luar biasa menggunakan ‘sesuatu’. Contohnya, bomoh menggunakan katak dan dalam perutnya diletakkan seperti paku, besi dan segalanya sebagai simbolik untuk menyakitkan seseorang itu,” katanya ketika menjawab soalan netizen.

Tambah Ikhwan, simptom atau tanda-tanda terkena sihir berbeza bagi setiap individu bergantung kepada tujuan ia dihantar.

“Mengikut pengalaman saya, bagi mereka yang terkena sihir pemisah selalunya akan menyebabkan pasangan suami isteri tersebut selalu bergaduh secara melampau,” katanya.

Ujarnya, dia tidak peduli sebarang kritikan dan sindiran kerana mereka yang tidak pernah mengalami situasi itu tidak akan pernah memahaminya.

“Perkongsian ini adalah buat mereka yang mahu percaya dan buat mereka yang tidak ingin mempercayainya, tidak mengapa. Semoga anda sekeluarga serta kenalan anda dijauhkan daripada perbuatan sihir. Tetapi bagi saya, ia wujud,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing mengalami situasi yang sama serta ada juga yang mendoakan kesembuhan buat mak cik kepada ‘influencer’ berkenaan.

“Saya merupakan antara golongan yang sukar menerima benda-benda seperti ini sehinggalah ibu saya yang terkena perbuatan santau daripada kawan baik sendiri,” ciap seorang pengguna.

“Semoga Allah memberi kesembuhan buat mak cik anda. Sukar untuk memahami mengapa orang tergamak menghantar sihir, geram sungguh,” tulis netizen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI