fbpx

Lelaki terperangkap dalam kejadian kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba ketika operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam insiden kepala air di Sungai Balak, Batang Kali, di sini, pagi tadi. -FOTO IHSAN BOMBA

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga tempatan berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam insiden kepala air ketika menjalankan aktiviti memancing di Sungai Balak, Batang Kali, di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 8.29 pagi.

Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 8.51 pagi.

“Bomba berjaya menyelamatkan lelaki berusia 34 tahun yang terkandas di seberang sungai akibat kepala air berlaku ketika menjalankan aktiviti memancing.

“Mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, operasi menyelamatkan mangsa tamat sepenuhnya kira-kira pukul 9.45 pagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI