fbpx

Kuala Terengganu, Kuala Nerus dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Taman Alamanda 3 yang dilanda banjir kilat di Jalan Pusara, Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Beberapa taman perumahan dan perkampungan di bandar raya ini dan Kuala Nerus dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Antara kawasan yang terjejas ialah Taman Alamanda 3, Kampung Durian Burung, Manir dan Losong di sini serta Tok Jiring, Batu Enam, Kuala Nerus.

Seorang penduduk, Azlinda Mohamad, 50, berkata, rumahnya di Taman Alamanda 3 mula dinaiki air pada pukul 11.50 malam.

“Tidak sampai lima minit hujan lebat turun, bahagian dapur hingga ruang tamu rumah saya sudah dipenuhi banjir.

“Kelam-kabut kami sekeluarga mengalihkan perabot dan barangan lain di tingkat atas rumah yang lebih selamat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini.

Azlinda berkata, kejadian banjir kilat tersebut kerap berlaku di taman perumahannya sejak tahun 2016.

Dia yang sangat kecewa percaya bencana alam itu boleh dielakkan sekiranya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil cakna menaik taraf sistem perparitan di taman perumahan terbabit.

Sementara itu, seorang pengusaha restoran, Mahathir Mat Daud, 44, berkata, dia dan isteri bergegas pulang ke rumahnya di Kampung Durian Burung di sini, sebaik dimaklumkan kejadian banjir kilat berkenaan.

“Anak-anak saya yang ditinggalkan di rumah ketakutan apabila air pantas memenuhi ruang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI