fbpx

KKDW akronim kementerian diterajui Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebelum ini telah dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan akronim KKDW, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri bagi kementerian tersebut berkata, nama kementerian tersebut dalam Bahasa Inggeris pula adalah Ministry of Rural and Regional Development.

“Bagaimanapun, visi, misi dan fungsi kementerian masih kekal, iaitu melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan bukan sahaja infrastruktur malah sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan dalam meneruskan dan merealisasikan agenda serta program teras di bawah kementerian itu.

“Bagi memastikan masyarakat desa terus menerima manfaat yang disediakan bagi mengubah taraf sosio-ekonomi seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI