PETALING JAYA – Adik kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng iaitu Lim Hui Ying dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
Hui Ying akan membantu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengemudi Kementerian Pendidikan.
Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Hui Ying menewaskan dua pencabarnya selepas meraih majoriti 28,754 undi di Parlimen Tanjong. – KOSMO! ONLINE