fbpx

Hidap penyakit tiada ubat, Celine Dion batal konsert jelajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CELINE DION

PETALING JAYA – Hasrat peminat global untuk melihat kemunculan penyanyi antarabangsa, Celine Dion beraksi di atas pentas konsert nampaknya terpaksa dilupakan apabila penyanyi bersuara lantang itu membuat pendedahan sedang menderita akibat sejenis penyakit tidak dapat diubati dikenali sebagai Stiff Person Syndrom (SPS).

Penyanyi berusia 54 tahun itu mengakui, serangan SPS mengakibatkan ototnya tidak dapat dikawal sehingga mengganggu percakapan dan masalah berjalan memaksanya  membatalkan semua konsert jelajah Eropah yang sepatutnya bermula Februari tahun depan

“Saya telah didiagnosis dengan gangguan neurologi yang sangat jarang berlaku yang dikenali sebagai Stiff Person Syndrome,” jelas Celine.

Pelantun lagu All by Myself itu juga menjelaskan bahawa penyakit itu memberi kesan dan menjejaskan setiap aspek dan sudut kehidupannya sehingga mengganggu pita suara untuk menyanyi seperti biasa.

“Kekejangan ini menjejaskan setiap aspek kehidupan seharian saya, kadangkala menyebabkan kesukaran berjalan dan tidak membenarkan saya menggunakan pita suara untuk menyanyi seperti biasa.

“Saya disokong oleh anak bersama-sama pasukan perubatan saya yang bekerja keras setiap hari demi memulihkan keadaan kesihatan saya untuk beraksi seperti sediakala namun saya harus akui bahawa semua itu tidak mudah.

Dalam pada itu, Celine menzahirkan rasa berterima kasih kepada peminatnya yang tidak henti-henti memberi sokonan agar dapat kembali beraksi semula.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kasih sayang serta sokongan anda. Saya sangat menyayangi anda semua dan berharap dapat berjumpa dengan kalian semula tidak lama lagi,” ujar Celine menerusi Instagramnya.

Dion pertama kali mencetuskan kebimbangan berkenaan kesihatannya pada awal tahun ini apabila dia membatalkan jelajah Amerika Utara yang sepatutnya berlangsung dari 9 Mac hingga 22 April lalu.

Penghibur asal Kanada itu juga kemudian menjadualkan semula konsert musim bunga 2023 kepada 2024 selain membatalkan lapan konsert musim panas 2023.

Terdahulu penyanyi lagu My Heart Will Go On sudah selesai menjayakan 52 persembahan di seluruh Amerika Utara yang bermula sebelum pandemik Covid-19.

Difahamkan ini bukan kali pertama Dion menunda atau membatalkan persembahan mega yang disebabkan masalah kesihatan.

Sebelum ini, dia pernah menunda kemunculan di Las Vegas berikutan masalah kekejangan otot sehingga mengganggu kemampuannya untuk mengadakan latihan.

Stiff Person Syndrome adalah penyakit yang sangat jarang ditemui dengan anggaran hanya satu atau dua pesakit dikesan daripada sejuta orang. – KOSMO! ONLINE

Penyakit berkenaan mencetuskan gejala kekejangan otot akibat pelbagai faktor termasuk cuaca sejuk serta bunyi bising.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI